Online Diary cikNaz: 5 benda yang aku TRAUMA

Thursday, October 13, 2011

5 benda yang aku TRAUMA

HAI ! lama rasanya aku tak membebel kat belog kesayangan ramai aku ni. seriously, memang sayang gila kat belog ni sebab macam-macam luahan dah aku tulis. marah, frust, happy, n kongsi minat aku semua aku taip kat belog ni. yelaaaa, aku kat poli ni mana la ada kawan rapat sangat. aku rasa aku dah serik kot ada kawan rapat. better aku kawan dengan semua orang n buat hal aku sendiri. such a good point sebab sekarang aku just nak indie saja. opss not indie band la bro but independent :) banyak pula aku membebel. ok, let's go to the main title today, 5 benda yang aku trauma.

  • aku trauma kat MUNTAH. aku memang tak boleh dengar sangat perkataan muntah sebab aku ada pengalaman teruk ngan muntah ni. aku nak muntah pon aku takot-takot sebab aku trauma. dulu masa darjah 2 seingat aku, rumah aku nak ke sekolah jauh dalam lebih kurang 15 kilometer mcm tu laaa. taman perumahan rumah aku tu sangat jauh dari bandar Kluang. sekarang dah ada macam-macam dah kat taman perumahan tu. budak-budak sekarang sangat beruntung, rumah pun boleh nampak dari sekolah. dulu aku nak pegi sekolah tanaklah jauh kann -__-. ok, sambung ! aku pergi sekolah setiap hari naik bas. dalam bas selalu sangat-sangat-sangat ada budak-budak yang muntah. euwwww. mulalah pada suatu hari Jumaat kan, sekolah petang waktu tu, bas penuh. aku terpaksalah berdiri sbb seat dah full. aku berdiri kat sebelah budak lelaki ni. dari rumah aku nmpk dia dh lain macam, lemah longlai semacam. aku tak syak apa-apa pun. sampai la kat sekolah Kampung Melayu tu, errrrrr dia boleh plak tiba-tiba muntah dengan banyaknya lalu terkena separuh dari baju sekolah aku. whatt??? damn !!! wktu tu aku tanak macam jijik gila plakk kannn. aku tak tahu nak buat apa dah. semua budak-budak pandang aku. yang aku mampu masa tu, aku menangis-nangis pegi kat driver bas. nama driver bas tu aku panggil cik usop. pakcik tu garang sangat. dia tengking budak lelaki tu, "nizam, kau tak ada tempat lain ke nak muntah!!! kat baju budak ni gak kau muntah!!!" aku langsung tak pndang budak tu. aku nangis je -____- lepas tu bas plak pegi sekolah aku. aku telefon abah suruh datang bawak baju sekolah bersih. masa kat sekolah semua orang tak nak dekat ngan aku melainkan seorang je kawan aku yang pujuk aku nangis, "nazatul, jangan nangis tau,nanti abah awak datang bawak baju ea." dan kawan aku tu nama dia NORAFIDAH MAHAT. still tak lost contact. rindu dia sangat-sangat :) sejak mulai saat peristiwa tu, aku trauma! aku tak suka orang muntah dan aku sendiri. kalau kau muntah kat dalam bilik air kat lantai, satu hari aku tahan tak pegi bilik air tu. kawasan mana-mana la kalau ada orang muntah, aku terpaksa kuarantinkan tempat tu.hahahaha. tu la penangannya. *erkk panjang gila plak aku taip :p

  • aku trauma dengan kawan yang lupa kawan. seriously, mintak-mintaklah dijauhkan ya ALLAH. cukuplah pernah terkena. aku tak cakap yang aku baik sangat, tapi dalam hidup ni, aku sangat-sangat pentingkan hubungan persahabatan. tak kisah la, aku rapat atau tak dengan kau. yang penting, antara kau dengan aku, takan pernah putus kawan ok :) kau baik dengan aku, 10000 kali ganda aku baik dengan kau. :)

  • haaaa macam nak tergelak plak dalam masa yang sama macam budak-budak plak aku rasa. aku trauma putus cinta dalam bahasa bandarnya clash atau break. ecehhh. hehehe. sebab aku pernah kena tipu macam-macam dengan lelaki tak guna. tapi it's ok la. at least aku dapat pengajaran dari semua pengalaman aku tu. pengalaman mematangkan kita. ye dak? :) aku tak nak mengharap sangat dengan relationship kali ni sebab takut dikecewakan tapiiii aku akan berusaha untuk hubungan kita ea sayang. i'll try my best! sebab aku sayang FAHMI sepenuh hati aku. :) *erkkk apasal terjiwang plak daku ni.ekeke :P

  • aku trauma dengar cerita rogol and bunuh. ulang sekali lagi ROGOL DAN BUNUH. kau tahu kenapa? mestila kau tahu kenapa sebab aku seorang PEREMPUAN wajarnya aku trauma atau takut. aku tak boleh dengar cerita macam ni. hati aku pedih, takut, sedih and bercampur aduk lagi. tak kira la aku dengar tu cerita dari luar atau dalam negara sebab yang penting benda tu jadik kat kaum aku, PEREMPUAN. dan aku seorang perempuan. astaghfirullahalazim. mintak simpang dijauhkan ya ALLAH. jauhkan lah aku dari perkara-perkara mcam ni. dunia semakin kejam. 

  • last but not least, aku trauma dengan serangga macam lipas, cicak even kumbang kecik-kecik tu sebab damn ! kumbang pernah gigit dahi aku n cengkam kuat-kuat. sakit gila. kau boleh bayangkan? tak boleh? ah suka hati kau lahhh. hahaha :)


sekian sahaja berita kembali ke seri pentas. heeee. 

BYE !







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen