Online Diary cikNaz: MEMORI mencari nafkah :)
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

MEMORI mencari nafkah :)



      *Cerita ni sangat panjang. jangan baca kalau takut boring tahap dewa. terima kasih :)    


         Dalam aku habis diploma then nak carik keje ni, terimbau kenangan dulu-dulu waktu lepas SPM. pekerjaan pertama aku waktu tu aku jadi pembantu kat kedai buku. tauke aku cina. honestly aku cakap, aku pon tak tahu setabah macam tu aku boleh tahan kerja kat situ. pekerja yang baru masuk pun give up then resign keje kat situ tapi aku? aku tahan sangat-sangat. aku tahu rutin harian aku, kemas buku-buku, layan customer beli barang-barang macam stationery, buku-buku sekolah then macam-macam lagi. angkat buku-buku banyak-banyak bawak store belakang. kadang-kadang waktu aku nak letak buku-buku kat rak paling atas tu, aku terpaksa panjat walaupun gayat gile. kadang-kadang aku jatuh sorang pun tak penah sape-sape tahu. kadang-kadang gak buku yang banyak-banyak tu secara tiba-tiba hempap kepala aku. sakit kau tahu. sakit tuhan je tahu, aku sorang-sorang je kat stor belakang sambil tahan sakit tu aku gagahkan jugak carik buku yang customer tu nak cpat-cpat. bos aku tu sangatlah cerewet. kalau aku lambat, aku kena marah gak depan customer. penat, letih, sakit badan kau janganlah cakap,cukuplah aku dah rasa. aku tak tahu kenapa aku tahan kerja situ, gaji kecik sangat. tiap-tiap hari aku balik malam pukul 9 malam. aku jalan sorang-sorang ke busten kluang. lagi dugaan aku dapat bila ade sorang pakcik haram mana tah aku tak kenal dah aim aku. dia kata dia minat kat aku. bodoh. tapi nasib baik aku ada kawan-kawan yang balik waktu tu saing aku then dorang yang temankan aku. aku nampak pakcik tu selalu perhatikan aku waktu kat busten. gile miang, tempah maut betul. dah la aku perempuan, balik malam-malam. masa  rehat yang bos aku bagi setengah jam je. masa tu lahh aku lepaskan penat kat surau balai bomba dekat-dekat situ. solat n makan bekal yang mak masakkan ;) kadang-kadang aku tertido kat situ. semua aku buat sorang-sorang. kalau aku ingat balik semua yang aku buat dulu, aku rasa sedih sangat. aku berdikari sendiri, aku sedih sendiri, aku tahan dugaan dalam hidup aku semua tu buat aku rasa aku bersyukur sangat dah rasa semua tu tanpa bantuan orang lain. at least, aku harap aku akan lebih sabar melalui dugaan-dugaan yang akan aku lalui lepas ni dalam hidup aku. siapa tahu. waallahualam :)
   

        Kerja kedua lepas aku resign kerja kat kedai buku tu, aku kerja kat kedai 2 ringgit. kat sini pun aku ada macam-macam pengalaman.kedai ni dekat-dekat dengan rumah aku. kiranya kedai ni kedai kat kawasan perumahan rumah aku tuu. setiap hari aku pegi keje naek motor. aku ada kawan yang aku kamceng sampai sekarang, nama dia sakinah or ina :) dia la yang aku rapat sampai sekarang. rumah kitaorang pon dekat-dekat. first aku kenal kat kedai tu la, then dia pun baru pindah situ. nak dijadikan cerita, aku kena jadi cashier buat pertama kalinya kat kedai tu, orite la. ada sorang kakak yang kiranya dah lama gak kerja situ yang tolong aku sket-sket. dan aku ingat lagi nama dia sampai sekarang, aku panggil dia kak nurul. seriously, aku mmg tak suka dia. sampailah waktu kitorang nak tutup kedai, kak nurul n aku kira duit kat cashier, alamak kurang RM50. kakak tu dah pandang aku. shitt !! aku bukan tangan panjang ok. mati hidup balik pun aku tak akan mencurik !! aku cakap kat akak tu, bila masa aku amek. kalau short pun, aku ok je jage cashier ni. aku tahu maybe dia tak percaya sebab yelaaaa aku kan baru jaga cashier tu hari tu kannn. so, sambung untuk hari esok. malam tu, aku balik menangis-nangis sambil bawak moto. sedih woooo. aku tak sanggup dituduh mencuri. :'( aku menangis-nangis balik tu mengadu dengan mak. ni la buat pertama kali aku menangis depan mak aku tau :P mak cakap esok cakap dengan bos aku berhenti tanpa gaji daripada aku dituduh terus mencuri. then, esoknya, aku takut nak pegi kerja. berdebar je rasa. kau tahu, kak nurul tu cakap kat aku, mengaku je la naz. shitt! buat apa aku nak mengaku, aku tak buat !! tengahari tu bos aku pegi kedai tempat aku kerja tu, die panggil aku dengan kak nurul naek office tingkat atas jumpa dia. bos tu aku panggil uncle. aku cakap kat uncle, aku tak mencurik, kalau aku dah mencurik, dah lama aku curik barng-barang kat kedai tu but uncle tak pandang aku pun tapi dia pandang kak nurul. dia cakap mengaku je la kalau nak saya report police. kak nurul sempat mesej aku cakap, mengaku je la naz kau yg buat. tapi buat apa aku nak mengaku. jadah haram betol.  then, uncle suruh aku turun dan balik rumah makan.hehehe. habis je aku waktu rehat aku, aku balik semula kat kedai tu, ina cakap yang akak tu yang bersalah. dia kantoi dari cctv kedai. haaa kantoi bodoh. naseb baek ada cctv. alhamdulillah. bos plak pujuk aku teros kerja. pengalaman beb. kau ade? pucat muka akak tu mintak maaf kat aku. tapi aku still cool cakap aku dah lupa. macam-macam aku dah rasa. at least, mungkin pengajaran dalam hidup aku supaya sedar dalam dunia ni macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa. so, sentiasalah berwaspada yea kawan-kawan :)

kbai ! :)

aku berubah kerana pengalaman. terima kasih pengalaman :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen