Online Diary cikNaz: menangisi.
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 18, 2012

menangisi.


Mungkin nampak di mata itu belum tentu itu kenyataan yang hakiki.
Sedangkan hati punya rasa yang berbeza dari sang mata.
Bilamana tercetus perasaan yang sukar digambar, ianya menjadi air bah yang maha dasyat.
Air mata mula mengalir dipipi yang polos sampai mengubat hati yang derita.
Yang memandang hanya mencebik tanpa mengetahui rasa si pemilik hati.

hati kata, "janganlah engkau bersedih wahai pemilik, mungkin ada hikmah yang engkau tidak tahu"

pemilik menjawab, "jika ada hikmah, sila tunjukkan!".

hati berkata lagi, "engkau harus sabar, sedangkan pelangi muncul dengan adanya kehadiran hujan sekalipun".

Si pemilik hanya menangis sambil mencari jawapan yang pasti.
Menangis dan terus menangis itu sahaja yang dia mampu.
Wahai pemilik, menangislahh. menangislah jika ia mampu mengubati lara dihatimu.

- NazSanif -

senyum atau menangis itu adalah hak kita. senyumlah selagi kau boleh senyum, menangislah jika engkau mampu ubati hati yang merana :')


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen