Online Diary cikNaz: pendatang asing.

Tuesday, May 10, 2011

pendatang asing.

wahha ! tajuk agak kontrobesi.
sebenarnya, bukan pasal apa ponnnn, bukan PATI atau nama panjangnya Pendatang Asing Tanpa Izin.
act, aku rasa muak, muak gile dengan cerita-cerita drama tipikal Indonesia ni.
drama dorg sangat-sangat tipikal.
masalah tipikal keluarga, orang-orang jahat yang tipikal dan paling memang muak ah pasal kisah cinta tipikal.
haishhh, bukan aku cakap tak best, tapi sinetron-sinetron dorang macam seolah-olah sama.
muzik pon sama kan.
lupa ingatan la lepas eksiden then lupa dengan orang yang dicintai.
hilang je dari orang,tukar nama pastu ada orang jahat tahu.
entah pape je la.
bila saspen je, ada aksi slow motion dengan riak wajah terkejut dorg tu. hahaha.
memang naek hapal aku.ekeke.
yang paling aku pelik kan, dalam cerita dorg, orang-orang miskin selalu kena tindas dengan orang-orang berada.
dihina, dicaci, dimaki, disepak terajang. bukan aku tak tengok langsung sinetron ni.
kalau yang aku rasa best aku akan tengokla.
haa bab orang miskin ditindas tu, aku rasa sedih dan tak sanggup nak tengok. kejam yang amat.
okayla, tu pada pendapat aku.
setiap orang ada pendapat yang berbeza.
kesimpulannya, tepuk dada tanya selera :)

aku suka lagu tema yang Marshanda nyanyi. cerita die? mak aku yang tengok. tanyalah mak aku.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen