Online Diary cikNaz: mata ikan a.k.a ulser mulut ! sakitnyeeee !!

Tuesday, May 10, 2011

mata ikan a.k.a ulser mulut ! sakitnyeeee !!

aku confirm semua orang penah rasa sakit ni.
perghh ! sodap gile ah ! dan sekarang ada dua bijik kat bibir aku. terbaekkk !!
aku rasa sebab aku tersalah berus gigi. aku berus gigi kuat-kuat pastu terkena bibir bawah aku.
dan beberapa hari kemudian, timbullah 'ulcer mulut' atau orang jawa panggil 'lumpangen'
atau pon melayu panggil mata ikan.
 gila la! rasa tak selesa gile dalam mulut aku ni. rasa macam nak tonyoh-tonyoh je! grrrr !
sakit giler. masa bangon pagi rasa pedih gile sebab kering. terbaekk !!

oriteee, jom kite chekidaut pasal ulcer mulut yang aku dapat dari GOOGLE :)

Google
Google
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi
aku rasa kena tambah lagi satu ni, tergigit bibir dan menyebabkan luka. ouchhh

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam
Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.                                

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen