Online Diary cikNaz: selamat hari abah!

Saturday, June 18, 2011

selamat hari abah!

Sebenarnya banyak giler aku nak cerita pasal abah aku.
ohh tak kira la kau panggil abah kau ayah, daddy, or so whatever ke it's okay la :)
abah paling banyak berjasa kat kami sekeluarga. kerja siang malam carik duit untuk anak-anaknya yang nakal-nakal ni.
tapi jauh sudut hati siapa tak sayang ayah sendiri ye dak? keras hati, kepala batu aku pun abah lah yang paling aku sayang selain emak aku.
aku ingat dulu masa aku sekolah rendah, setiap malam abah temankan adik-beradik aku n aku study kat meja.
kalau dia tengok ktorg mengantuk n start malas nak blajar, abah buatkan air teh tarik special dia tu.
pastu rehat jap ramai-ramai duduk ngeteh dulu kat meja baru start balik study.hehehe.
penat-penat dia pun sanggup dia temankan ktorg study.
masa dulu aku starting hafal sifir, abah yang ajar macam mana teknik nak hafal lagi senang. seronok ouhh.
cekgu pun tak ade ajar macam tu.
dulu masa abah askar, abah senang la amek aku balik sekolah n kuar tak kira masa. abah dah pencen dah masa aku darjah 5. banyak kerja abah try, kerja kilang la. then sekarang abah still jadi JAGA kat kilang mozek.
abah kreatif sangat. dulu kalau aku masuk pertandingan melukis, dia yang lukiskan untuk aku.hahaha. lastly aku yang menang jadi Johan pertandingan tu.ekekeke.
abah selalu pesan, belajar pandai-pandai, jangan jadi macam dia sekolah takat SPM je.
dulu abah miskin sangat. ingat lagi dulu masa aku kecik-kecik, aku balik kampung umah belah abah, atap rumbia, siling guni je. bantal semua buruk-buruk hapak. :'(
abah cerita dulu dia makan ulat sagu, belalang kunyit n macam-macam lagi la yang pelik-pelik sebab family abah miskin dulu. abah tak pernah tengok ayah dia sendiri sebab ayah dia meninggal time dia kecik lagi.
aku sendiri tak pernah tengok emak atau nenek aku sendiri. yang tinggal kat rumah pusaka tu cuma makcik ngan pakcik aku je.
ikutkan memang aku dah banyak menyusahkan abah kann. :'(
aku pun bukan pandai mana pun.
cuma satu je yang aku nak, aku nak balas jasa abah sebelum dia pergi walau pun aku tahu jasa beliau tak mungkin dapat aku ganti hingga akhir hayat aku.
terima kasih abah. abah ialah yang paling hebat, paling best dalam dunia ni !
terima kasih atas segalanya !

SELAMAT HARI BAPA ABAH :')


The words that a father speaks to his children in the privacy of home are not heard by the world, but, as in whispering-galleries, they are clearly heard at the end and by posterity.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen