Online Diary cikNaz: KAWAN.
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

KAWAN.



        Jika dikenangkan balik sepanjang aku hidup di muka bumi ni, aku dapat tafsirkan yang hidup ni memang kita kena hadapi bermacam-macam kerenah jenis manusia terutama yang berada dan pernah kita kenal. dan manusia ini dipanggil KAWAN. aku sayangkan semua kawan-kawan aku terutamanya kawan yang tak pernah lupakan aku.  aku terlalu appreciate dengan kawan yang macam ni. walau macam mana situationnya, dia tetap tak lupakan kita. aku terlalu respect dengan kawan yang macam ni. 

      Sebenarnya, bukan senang nak buat orang ingat kita sebab mungkin dia dah jumpa kawan yang dia lebih selesa berbanding kita. aku banyak sangat pengalaman macam ni. dan tak semestinya kawan yang rapat macam belangkas dengan kita sekarang ni ialah kawan dunia akhirat kita. mungkin dia akan jadi musuh dan orang asing dalam hidup kita suatu ari nanti. who knows kan? so, bagi aku untuk meletakkan setinggi kepercayaan pada seseorang amatlah susah dan payah untuk aku lakukan selepas apa yang pernah aku alami sebelum ni. seriously, only Allah knows how my feeling. it was really tough. really tough. bayangkan setiap hari kau termenung, menangis sorang-sorang tahan perasaan yang kau rasa tak mampu tertanggung lagi. sangat-sangat sakit bila kawan sendiri buat kau macam tu. dan sampai sekarang kau tak akan pernah lupakan dan amat susah utk kau buangkan perasaan benci kau pada dia. jujur aku kata. sampai macam tu sekali.

    Dan untuk menjadi sahabat yang baik dan sempurna itu adalah amat susah. manusia mana yang perfect.  apa yang perfect di mata kita, tak semestinya perfect di mata orang lain mungkin. orang banyak ragam. rambut sama hitam, hati lain-lain. kawan kita mungkin ada sebahagiannya tak suka perangai kita, tapi jangan la ketara sangat sikap buruk kita sampai ramai yang pulaukan. mungkin juga ada satu benda yang ramai orang yang tak boleh terima dengan sikap kita. walaupun buruk mana perangai kawan baik kita, bukan semua org boleh berterus-terang "muka kepada muka". sebahagian orang mungkin tak boleh terima. itu bukan cara dia, dan benda yang akan berlaku akan menjadi more worst. so, see and observe tentang diri dia. maybe itu yg terbaik. tak semua org sempurna bukan? :') 

Pengalaman hidup kita lain-lain. lain sangat-sangat. kau pernah dan banyak susah, tapi dia selalu senang dan selalu dimanjakan. kau dengan dia bagai langit dengan bumi. kau lain, dia lain. kau dan dia bercanggah dan tentunya tidak serupa, tapi kita boleh jadi kawan kan? :') kalau engkau ikhlas sayang dan ingatkan aku, satu sahaja aku mahu dari kau, TOLONG JANGAN LUPAKAN AKU SEBAB AKU TAK AKAN PERNAH LUPAKAN ENGKAU SAHABATKU :')




kawan-kawanku, saya tak pernah lupakan awak semua. sebab... awak semua kawan saya sampai bila-bila :')





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen