Online Diary cikNaz: Cameras.

Sunday, May 22, 2011

Cameras.

Okay, sekarang macam dah minat kat photography.
abang aku pulak suruh aku try guna camera dia.
maybe macam nak menggalakkan adik perempuannya mencuba pengalaman ini.ahaks :D
malam yang agak melapangkan ni, aku cuba terai menggugel mengenai 2 buah kamera yang ada kat aku sekarang.
amat blurrrr. teramat blur gile. macam mana la aku nak guna menda alah ni.
abang aku dah balik sabah, memang haram la tak sempat nak ajar aku sebab dia suruh aku gugel je.
jangan cakap aku TAKBOR plak. kamera murah je sayang. bukan DSLR pongggg. sedihnyeee :'(

Black Slim Devil Wide Camera




Specification:
Lens : super wide-angle 22mm, plastic, aperture f/11

Distance : 1.2mm ~ infinity
Shutter Speed : 1/12
Size : W100 x H58 x D26
Weight : 75g
Film Type : 35mm


ni pulak contoh gambar-gambar yang disnap oleh mat saleh a.k.a orang puteh dengan menggunakan kamera ni. kamera ni gak dikategorikan dalam camera jenis lomo. lomo ialah camera lama. jadi penghasilan dari camera ni agak kelamaan dan agak antik.
Ini contoh-contohnya. nampak sungguh RARE dan COOL gitewww sampai berdarah hidung aku tengok !

aku belum try lagi sebab abang aku baru bagi kat aku suruh aku pakai. mane tak tercengangnya haku.
aku tengok abang aku snap memang cantik, maybe dia dah biasa.
kamera yang agak dan terlalu ringan gile dan kau rasa macam mainan budak-budak je tapi bila tengok hasil dia, pergh superb sangat. bagi aku la. maybe ada yang cakap, alaa setakat tu je. :)
tapela, memang tak sehebat DSLR tapi just nak cuba-cuba je kan. 
apa salahnya :).

kecik kan? kalau pegang, ringan nak mampuih.
*abaikan muka aku!

CANON CANONET QL25


Aku dah pernah cakap dalam entry lain pasal camera ni.
camera ni memang berbeza dengan kamera Black Slim Devil.
ni pulak bukan dalam kategori kamera Lomo. cuma ni kamera jenis lama atau orang panggil Vintage camera.
hasil gugel aku dapat tahu yang kamera ni dah berusia 40 tahun ! yayy !
abang aku kata susah nak cari kamera jenis ni. dan aku tahu, ramai peminat kamera yang berminat.
sebab ada yang tanya aku kat FB lepas aku letak Default Picture aku dengan kamera ni.hehe.publisiti.
sumpah, kamera ni BERAT. first pegang, ya Allah, ni kamera ke besi woiii.haha.
yess, berat nak mampuih. 
tapi yang agak menyedihkan, kamera ni sekarang ada problem dan belum boleh guna :'(
kena hantar kedai, tapi bukan semua kedai boleh repair sebab ni kamera lama. kira kamera oldskul lerr.
abang aku tahu ada kedai kat KL je yang boleh repair. so, tengok la dulu.
sem depan karang aku pikirkan.
so, buat masa ni, aku nak gugel pasal kamera ni.cekidaut !

Hasil daripada photograph kamera ni :


Awesome kan? lebih kurang DSLR.haha DSLR lagi, jeles beno aku dah ni haha.
cantik sangat.
tapi..aku berharap sangat ada pakar yang boleh ajar aku semua ni.
aku berminat ni !!!
tengok ! semangat membara dah. silap-silap jadi super saiya.hikhik.


sekarang hanya sekadar berangan guna kamera ni je laaa.hahaha


Panjang pulak entry kali ni. 
macam ada je ke orang nak baca.kahkahkah. tapela, t dah tua boleh bukak balek blog ni.
misti terimbau kenangan muda-muda.haha.
harap-harap blogspot tak tutup. dengar cerita, macam dah nak tutup -..-
okay, that's all.

THE END :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen