Online Diary cikNaz: senyum lagi :)

Friday, June 24, 2011

senyum lagi :)

Malam ni tersenyum lagi sedang asyik teringat kan si dia.
mata belum lagi mengantuk dek tidur yang panjang petang tadi.
mata masih galak di hadapan laptop, sedangkan kepala sudah pusing jadinya.
alah, semua tu biasa bagi aku.
jari jemariku galak mengetuk keyboard mencari sesisa idea untuk aku lakarkan dalam blog picisan ini.
tetikus mula aktif ditekan-tekan tanpa hala tujuan yang tak pasti. keliru jadinya.
aku berfikir sejenak tentang kehidupan sendiri.
setiap yang negatif ku fikirkan dalam sedalamnya. yang positif cuba aku olah dengan sedalamnya juga.
terlalu banyak liku-liku yang telah kulalui sepanjang hampir 21 tahun.

sepanjang mengenalinya, ada suka, ada duka, ada luka.
tiba-tiba aku tersenyum mendengar perkhabaran sahabatkan yang bakal melangsungkan pertunangannya minggu hadapan.
alhamdulillah, tercapai hajatnya.
dan aku tersenyum juga mendengarkan janji si dia yang akan cepat-cepat melamarku sebaik segalanya stabil.
sepanjang aku mengenalinya, si dia tak putus-putus membuatkanku tersenyum bila mengingatinya.
sungguh tidak terasa langsung diri diabaikan.
dan..aku berharap hubungan kami akan tetap begini sampai bila-bila.
amin Ya ALLAH.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda kalau sudi yea :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen